Thursday, March 24, 2011
makanan pejal untuk amsyar
da masuk 4 bulan ni da ramai yg bertnya2 amsyar mkn apa skrg..belum bagi mkn ape2 pun lagi..tp hari ni da suruh nenek mon bg amsyar mkn da.xtau la dia mkn ke tidak.rasenye susu je da x cukup da..amsyar cpt lapar minum susu je. lagipun bagi makan bijirin bayi ni sesuai utk membantu perkembangan usus bayi..(ni dr pembacaan la). karang terus bg nasi takut terkejut pulak usus dia.mau jadi mcm haikal dulu..kesian kecik2 kena sembelit..huhu..harap2 perut amsyar bole la terima mkanan dia tu..risau jugak klu x bole membuang nnt.itu pun klu pakcik zain berjaya belikan nestum utk baby 4 bulan tu tu..dh jenuh ronda satu sa alam cari makanan utk baby 4 bulan...xjumpe2.sume hypermarket da pi..tesco,carefour,mydin,farmasi..cuma jumpe cerelac beras utk baby 6 bulan tu je.hopefully ade makanan tu utk amsyar..smbil2 cari makanan amsyar, survey skali deep freezer utk simpan susu..stakat ni xde pun jumpe freezer yg pintu kt tepi..sume kt atas mcm kt kedai yg letak askrem tu..susah jugak nk cari rupenye..dr survey yg dijalankan paling murah jenama hesstar kat carefour..RM599 125liter..yg lain sume lagi mahal dr tu..tp sama je design dia.so masih berkira2 nk beli ke x..tp xnk la letak susu ngn ikan skali..berjaya atau x beli freezer tu kena la tggu next week..
Monday, March 21, 2011
deep freezer untuk simpan EBM
hmm...skrg ni masih dlm dilema nk beli deep freezer ke tak..tapi rasanye mmg kena beli satu. peti sejuk tu dh x muat da nk simpan sume stok EBM..stok kena ada klu nk fully bf sbb menurut info dr sumber2 yg dipercayai, klu puasa nnt penghasilan susu akan berkurang sbb kurang minum..so nak x nak kena ade stok..minggu lepas ada jugak survey2 harga dan rupe freezer. nak cari mana yg sesuai..tp rasenye dh terbekenan kat drawer freezer keluaran mistral tu..senang sikit kot nk manage susu tu. hopefully berjaya misi esok hari untuk membeli drawer freezer tu. :P
Wednesday, March 16, 2011
setelah sekian lama
tiba2 datang mood utk mengupdate blog yg dh berkurun2 x update..sejak jadi ibu ni banyak info yang dicari di internet.mostly pasal baby la..nk hilangkan selsema amsyar.nak tau pasal penyusuan amsyar.nak cari barang2 keperluan amsyar..haha semua pasal amsyar. tu la klu da jadi ibu..dulu dgr je org cakap. sekarang baru tau rasanya.semua info yng berfaedah tu rasanya elok direkodkan.at least boleh share info dengan kawan2..tak pun bole tgk semula kalau2 diperlukan semula nanti..lagi menarik klu bole dpt maklumat2 membina dari kawan2..so i'm back..with new status..seorang IBU. dulu masa pregnant penah baca ayat ni...sekali kita bergelar ibu..selamanya kita seorg ibu.dan sangat2 menghargai saat2 bergelar seorg ibu nih..Amsyar, ibu sayang amsyar.
Wednesday, January 21, 2009
Bertakwalah

Barangsiapa bertakwa kepada Allah,nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Firman Allah Taala "Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya kejalan kebaikan dan bertakwa mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya, serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)" (AlLail:17-21)
Allah berfirman "wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kalian kepada Allah dengan takwa yang sebenar-benarnya" (Ali Imran:102)
Allah berfirman "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakanmu dari seorang diri, dan dari padanya Allah telah menciptakan isterinya, dan dari keduanya Allah mengembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepad Allah yang (dengan namaNya) kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasimu."(Annisa:1)
Allah berfirman "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berkatalah yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki perbuatanmu serta mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasulnya maka ia sungguh akan berbahagia dengan kebahagiaan yang agung." (AlAhzab:70-71)
Monday, January 12, 2009
Rise for Gaza
Assalamualaikum.(salam sejahtera atas kamu wahai saudara2ku)
Wahai saudara2ku,
Gaza sekarang bermandikan darah saudara2 kita. mari sama2 kita bangun menyuarakan rasa tidak puas hati, benci dan marah kita dengan tindakan Israel yang membunuh saudara2 kita. lakukan atas dasar saudara. lakukan atas nama Allah. ingatlah, sesungguhnya kita Islam adalah saudara. org2 palestine itu saudara kita. lakukan apa yang termampu untuk mengutuk serangan ke atas saudara kita itu dan utk membantu saudara kita.
Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]

sekitar rapat umum aman palestine di stadium Melawati, Shah Alam

Thursday, January 8, 2009
best gak ape.
arini tgh huru-hara nak ke kelas lepas abes satu kelas (jadual yg pack hari khamis ni.lepas control, numerical lak)bertembung dgn beberapa student lama.yg bestnye diaorg ckp 1)'miss, rindu kat miss'. 2) 'miss, lama tak nampak miss'. 3) miss kenapa x ajar kitorang sem ni..kitorg..bla..bla..bla (terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu)'.hehe.tetibe rase best jadi 'cekgu' ni.ade gak org igt kat kita. terus hilang rase penat bekejar2 dari satu kelas ke satu kelas. rase bersemangat nk mengajar kelas seterusnya.terus bagi lecture 1 jam tanpa henti..bersemangat punya pasal..motivasi diri tuh :D
Wednesday, January 7, 2009
On the spot
One of my best friend always remind me that i have to make sure that i did not do any wrong things since i will be punished on the spot on every wrong things that i've made. i can still remember the first time we realised this special gift.and it is still here, with me. i can still remember that membina abg kapuera with his white membina shirt. huhu. we sat at the front seat just to make sure that we have a very clear view to see his performance. we talked about how membina he is..haha and pap! one small creature were sent to me, flying freely and happily landed in my dark brown eye. i do forgot which one..the left eye or my right eye..but i can still remember how i asked my best beloved friend to take that little creature out from my eye. dia terpaksa lah susah payah menghembusnya keluar hahaha.thanks kak.ok that is my first lesson.
then the second lesson came to me without any warning.we wanted to go to this quite tidak membina class.(i am sure that u remember the main reason why we really wanted to escape this class). we were almost there..but then we changed our mind. no. we decided to go somewhere else. forget about entering this tak membina class.hahaha..so as the result...i almost fell from the staircase near the post office when we went to SUB (why we go to SUB??huhu i totally forgot). since that day she always remind me about my special 'gift'. and i will always remember.
trust me..it is still here with me.so i need to watch my step. one single wrong thing will put myself in danger. i think it is good to have this kind of gift. so i can selalu muhasabah diri yang sometimes lost in my own action.it happened again today. balasan itu ada untukku..huhu. so for people out there, dont ask me to do one thing that can be considered wrong..i have my own reason. hehe balasan kat dunia ini sudah cukup menakutkan..akhirat nanti apatah la lagi. fikir2kan :)

Tuesday, January 6, 2009
New semester
we are now at the very beginning of the new semester. so from now till this april 09 i will continue my basic job as a cikgu (ape lagi membebel di bilik kuliah le). i have met many new faces.yes, no repeaters. my totally new students. for this semester, i was assigned to teach process control and instrumentation as well as numerical method and instrumentation. but many of my ex student still asking me a very same question,why dont i teach them for this semester. sorry my dear students, you should learn from someone else so u can have an experience to be taught by various type of lecturers. not just by me. (some said that i pampered u guys too much. am i? huhu).
so since the new semester have started and all the classes are already started, now here i am, still in the office waiting for my next class at 8.00 p.m. and this class will be finished by 10 o'clock at night. so no more 'ku milik mu' on Tuesday night. just my matlab class.yes...just me, matlab and u..my students.

lelaki selalu berbohong dan wanita sering menangis???
(i copy and paste this article here from somewhere)
Jika kelemahan lelaki dan wanita begitu diambil kira, pastilah kedua-duanya tidak hidup berpasangan. Namun, sudah menjadi fitrah serta tuntutan hidup bahawa lelaki dan wanita saling memerlukan. Justeru, wujudlah percintaan dan perkahwinan.
Perkahwinan yang sebenar serta bersih adalah antara lelaki dan wanita. Mustahil berlaku perkahwinan sesama lelaki atau sesama wanita. Hanya perkongsian hidup lelaki dan wanita saja yang menghasilkan zuriat untuk kelangsungan kewujudan manusia di dunia ini. Satu perkara yang menarik mengenai perhubungan lelaki dan wanita dalam konteks suami-isteri, ialah lelaki selalu berbohong dan wanita sering menangis.
Mengapa hal sedemikian terjadi?
Menurut Pakar Runding & Kaunselor Profesional, Dr. Tajudin Ninggal, lelaki dan wanita memang selalu serta wajar berkomunikasi antara satu sama lain. Katanya, dalam berkomunikasi itu, ada beberapa perkara timbul.
"Wanita bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar isteri. Sedangkan lelaki tidak pernah bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar suami," katanya.
Secara berseloroh, beliau berkata masalah wanita memang bermula daripada lelaki. Beliau menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris yang mengandungi suku kata men, his dan guy yang berkaitan dengan masalah wanita. Sebagai contoh, menopause, mental illness dan menstrual pain, histerectomy dan guynaecologist.
Beliau turut menyatakan satu hakikat dalam ungkapan yang menarik, iaitu wanita berbohong agar lelaki berasa selesa. Sementara lelaki berbohong agar dirinya kelihatan baik.
"Lelaki berbohong untuk kebaikan dan mahu bergantung pada seseorang. Mereka mengambil alasan ini untuk menyelamatkan diri dan meredakan suasana," jelas Dr. Tajudin.
Tambahnya, wanita menangis untuk menyelesaikan tiga perkara, iaitu membersihkan mata, mengeluarkan kimia stres dari tubuh dan sebagai tanda bersedih akibat perasaan yang amat tersayat. Perhubungan yang baik antara lelaki dan wanita amat wajar diwujudkan. Jika tidak, hilanglah seri kehidupan ini.
"Untuk mewujudkan perhubungan yang baik itu, lelaki dan wanita perlu berkomunikasi dalam dua bahasa, iaitu `bahasa lelaki' dan `bahasa wanita'. Jika tidak, lelaki dan wanita akan terus saling menyalahkan," tambah beliau.
Ada beberapa perkara yang diperlukan lelaki dan wanita. Yang menariknya,jumlah perkara tersebut sama banyak, iaitu kedua-dua lelaki dan wanita memerlukan enam perkara.
Lelaki memerlukan kepercayaan, persetujuan, penghargaan, kekaguman, keizinan dan galakan. Wanita pula memerlukan perhatian, persefahaman, hormat, kesetiaan, pengesahan dan keyakinan. Terdapat beberapa perkara yang kerap dilakukan wanita yang boleh menyebabkan lelaki berbohong serta merenggangkan perhubungan lelaki-wanita
sebagai suami-isteri, iaitu berleter dan bertanya soalan remeh.
"Lelaki memang tidak suka mendengar leteran dan soalan remeh. Semakin banyak dileteri dan ditanya, semakin dia tidak mempedulikan. Oleh kerana terus diasak dan bosan, dia pun berbohong untuk meredakan keadaan," jelasnya.
Selain itu, lelaki akan menganggap dirinya telah memberikan kepuasan penuh jika wanita tidak bertanya untuk meminta bantuan. Bagaimanapun, meminta bantuan perlu dilakukan dengan wajar. Jangan berselindung atau seperti mendesak. Wanita perlu meminta dengan berterus-terang, ringkas dan menggunakan perkataan seperti `Boleh tak?'.
Seperkara lagi yang tidak boleh dinafikan ialah lelaki mampu menjadi penyelesai masalah. Ini kerana, otak lelaki berorientasikan penyelesaian, sedangkan otak wanita berorientasikan proses.
WASSALAM....
p/s teringat kat someone yg selalu suruh stop bila aku start membebel..hehe

Bacakan Qunut Nazilah (kerana mereka saudara kita)
Melihat kekejaman tentera israel yang memerangi saudara kita di Palestine cukup2 menimbulkan rasa sedih yang teramat sangat dalam hati. sedih melihat kesengsaraan yg dihadapi oleh mereka. melihat jasad2 yg terbujur kaku bermandikan darah, melihat anak2 kecil yg tak berdosa yang jadi mangsa kekejaman israel ini mampu membuat sesiapa pun menangis. kejam! keji! tak ada istilah yg tepat dapat menggambarkan perbuatan durjana itu. YA TUHAN selamatkan saudara2 seagamaku di bumi Palestine itu. hanya doa dapat diutus semoga saudara2ku mampu bertahan menghadapi musuh. mari lah kita membacakan qunut nazilah utk saudara2 kita di sana.
Bacaan qunut nazilah boleh didapati di website ustaz zaharuddin di http://www.zaharuddin.net/content/view/789/72/

gambar dari utusan malaysia
Wednesday, December 24, 2008
From M to W
I love this transformation. it really makes me feel like a brand new person.n i truly LOVE the brand new me..:) Praise be to ALLAH.
Tuesday, December 23, 2008
Perlu
Bagus kalau dapat duduk, sembang2 dengan kawan2. banyak cerita baru boleh keluar. (bergossip ke? kuang3x). rasanya itu cara terbaik mendapat pandangan orang tentang sesuatu. sebab kita bukan selalunya betul..walaupun seringkali kita rasa kita lah yg paling betul dalam setiap tindakan kita. well..akhirnya kita sedar penilaian kita cuma utk memenuhi kehendak kita..tak fikir pasal org lain. tapi...pesan terakhir sahabat merangkap ex-roomate aku mlm tadi sgt enak didgr..dan sgt tepat bila difikir.
'dalam hidup kita selalu mencari seseorang yang menepati ciri2 yang kita hendak..nak yang begini dan begitu..tapi percaya lah..DIA akan temukan kita dengan seseorang yg kita PERLU, bukan yg kita hendak. '
fikir2kan.

Monday, December 22, 2008
Bukan DIA tidak tahu
Dihadiahkan oleh seorang teman terbaik masa belajar di UTM dulu
Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalaNya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja
mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak
tahu derita hidupmu, retaknya hatimu,
hilangnya harapanmu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana
Dia tahu hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat denganNya.

diedit indah oleh seorang teman yang dihadiahkan ayat2 ini utknya
I'm Sorry
I'm sorry for hurting you
I'm sorry for taking you for granted
I'm sorry for not understanding you
I'm sorry for all those fights
I'm sorry for not listening
I'm sorry for not trying
I'm sorry i failed you
I'm sorry i didnt try
I'm sorry for not caring
I'm sorry for not being there
I'm sorry for not supporting you
I'm sorry for fading away
I'm sorry i didnt chase you
I'm sorry you swayed away
I'm sorry for all the things that i just flew by
I'm sorry for being so mad
I'm sorry for being so down
I'm sorry for not understanding you when i wasn't even around
I'm sorry for underestimating you
I'm sorry i let you fall that time
I'm sorry for my swaying emotions
I'm sorry for losing your heart
I'm sorry i wish things where ok
I'm sorry I wasn't a good friend
I'm sorry for not loving you enough
I'm sorry for not being there for you
I’m sorry I’m not perfect
I'm sorry...i really am :(

Friday, December 19, 2008
Malu
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Forum malam tadi membincangkan mengenai 'Hanya jauhari mengenai manikam'. diskusinya membincangkan tentang hanya mereka yang bijak tahu menilai nilai2 kebaikan seorang wanita.semuanya tentang wanita. tapi ayat yang paling berkesan sampai sekarang ialah ingatan Ustazah Hayati..'malu itu adalah sifat yang baik..tapi malu dalam diri seorang wanita itu adalah sifat yang mulia'. MasyaAllah...betapa perlunya sifat malu itu pada kita seorang perempuan. maka post hari ini adalah mengenai malu..malu yang perlu ada dalam diri seorang wanita muslim.
Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifa malu.. (Hadith riwayat Baihaqi).
Malu adalah akhlak yang menghiasi perilaku manusia dengan cahaya dan keanggunan yang ada padanya. Inilah akhlak terpuji yang ada pada diri seorang lelaki dan fitrah yang mengkarakter pada diri setiap wanita. Sehingga, sangat tidak masuk akal jika ada wanita yang tidak ada rasa malu sedikitpun dalam dirinya. Rasa manis seorang wanita salah satunya adalah buah dari adanya sifat malu dalam dirinya.
Apa sifat malu itu? Imam Nawani dalam Riyadhush Shalihin menulis bahwa para ulama pernah berkata, “Hakikat dari malu adalah akhlak yang muncul dalam diri untuk meninggalkan keburukan, mencegah diri dari kelalaian dan penyimpangan terhadap hak orang lain.”
Karena itu, beruntunglah orang yang punya rasa malu. Kata Ali bin Abi Thalib, “Orang yang menjadikan sifat malu sebagai pakaiannya, niscaya orang-orang tidak akan melihat aib dan cela pada dirinya.”
Bahkan, Rasulullah saw. menjadikan sifat malu sebagai bagian dari cabang iman. Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Iman memiliki 70 atau 60 cabang. Paling utama adalah ucapan ‘Laa ilaaha illallah’, dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan di jalan. Dan sifat malu adalah cabang dari keimanan.” (HR. Muslim dalam Kitab Iman, hadits nomor 51)
Dari hadits itu, kita bisa mengambil kesimpulan bahwa tidak akan ada sifat malu dalam diri seseorang yang tidak beriman. Akhlak yang mulia ini tidak akan kukuh tegak dalam jiwa orang yang tidak punya landasan iman yang kuat kepada Allah swt. Sebab, rasa malu adalah pancaran iman.
Tentang kesejajaran sifat malu dan iman dipertegas lagi oleh Rasulullah saw., “Malu dan iman keduanya sejajar bersama. Ketika salah satu dari keduanya diangkat, maka yang lain pun terangkat.” (HR. Hakim dari Ibnu Umar)
Dengan kata lain, seseorang yang kehilangan sifat malunya yang tersisa dalam dirinya hanyalah keburukan. Buruk dalam ucapan, buruk dalam perangai. Tidak bisa kita bayangkan jika dari mulut seorang muslimah meluncur kata-kata kotor lagi kasar. Bertingkah dengan penampilan seronok dan bermuka tebal. Tentu bagi dia syurga jauh. Kata Nabi, “Malu adalah bagian dari iman, dan keimanan itu berada di surga. Ucapan kotor berasal dari akhlak yang buruk dan akhlak yang buruk tempatnya di neraka.” (HR. Tirmidzi dalam Ktab Birr wash Shilah, hadits nomor 1932)
Dari mana datangnya sifat malu? Sumber sifat malu adalah dari pengetahuan kita tentang keagungan Allah. Sifat malu akan muncul dalam diri kita jika kita menghayati betul bahwa Allah itu Maha Mengetahui, Allah itu Maha Melihat. Tidak ada yang bisa kita sembunyikan dari Penglihatan Allah. Segala lintasan pikiran, niat yang terdetik dalam hati kita, semua diketahui oleh Allah swt. Maka tamankanlah sifat malu dalam diri kita. (http://artaqiem.multiply.com)
'Sesungguhnya sebaik2 perhiasan dunia adalah wanita solehah dan wanita solehah itu adalah calon bidadari syurga'.
Wallahualam.
'Besarlah engkau anakku menjadi wanita solehah'

Wednesday, December 17, 2008
Petunjuk
(Copy from Tazkeerah by En Jamil)
Solat Istikarah : Mengapa Menunggu Mimpi?
Persoalan yang ingin diperbincangkan di sini, apakah mimpi manusia biasa boleh dijadikan sandaran atau boleh menjadi isyarat kepada jawapan yang dicari? Benarkah solat sunat istikharah boleh menjadi medium atau pengantara untuk menentukan sesuatu keputusan seperti menentukan jodoh seseorang (atau apa-apa ajelah yang sewaktu dengannya) atau baik buruk takdirnya?
Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘meminta pilihan yang baik’. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya. Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Ta’ala dalam beberapa urusan yang penting. Baginda bersabda, ‘Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa : Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.’
Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Ta’ala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Ta’ala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.
Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu. Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para Nabi dan Rasul-rasul. Mimpi bagi Nabi dan para Rasul adalah wahyu dari Allah Ta’ala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi Baginda.
Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional (syuhud).
Sebagai contoh, dalam kes memilih jodoh, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah (tetapi adalah lebih afdhal setiap perkara itu dirujuk terus dengan Allah s.w.t. kerana DIA-lah yang menjadikan segala galanya setiap gerak dan diam).
Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Ta’ala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan. Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan ‘isyarat kuat’ daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Ta’ala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang mafhumnya :
‘Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu.’
[HR. Bukhari]

Tuesday, December 16, 2008
selamat pengantin baru
Malam ahad lepas kitorang menghadiri majlis meraikan pengantin baru, Kak G dan suami. majlis dibuat special utk rakan2 sekerja di sini.. agenda utama selain merai pengantin baru ialah mkn2, borak2. memang best..makanan yang best (bermcm mcm mcm lauknye) dan restoran yg best (kat tepi tasik..menarik, ala2 romantik gitu)dan lagu yang 'best'(aku yakin depa igt lagu tu sgt best haha..xde maknanye). yang menariknya tentang majlis ni ialah pengantin baru ni berjaya menyembunyikan hakikat dah jadi wife org lama dh. tipah tertipu! segan bila igt aku dok sakat2 tunggu dia dulu la konon2nya..padahal dh selamat dh dia jadi isteri orang. hehe. xpe la.lain kali x nak sakat org lagi..tobat x buat. (haha..jgn percaya)

p/s gambar pengantin tidak disertakan atas sebab2 tertentu..hahaha

Subscribe to:
Posts (Atom)