Thursday, March 24, 2011

makanan pejal untuk amsyar

da masuk 4 bulan ni da ramai yg bertnya2 amsyar mkn apa skrg..belum bagi mkn ape2 pun lagi..tp hari ni da suruh nenek mon bg amsyar mkn da.xtau la dia mkn ke tidak.rasenye susu je da x cukup da..amsyar cpt lapar minum susu je. lagipun bagi makan bijirin bayi ni sesuai utk membantu perkembangan usus bayi..(ni dr pembacaan la). karang terus bg nasi takut terkejut pulak usus dia.mau jadi mcm haikal dulu..kesian kecik2 kena sembelit..huhu..harap2 perut amsyar bole la terima mkanan dia tu..risau jugak klu x bole membuang nnt.itu pun klu pakcik zain berjaya belikan nestum utk baby 4 bulan tu tu..dh jenuh ronda satu sa alam cari makanan utk baby 4 bulan...xjumpe2.sume hypermarket da pi..tesco,carefour,mydin,farmasi..cuma jumpe cerelac beras utk baby 6 bulan tu je.hopefully ade makanan tu utk amsyar..smbil2 cari makanan amsyar, survey skali deep freezer utk simpan susu..stakat ni xde pun jumpe freezer yg pintu kt tepi..sume kt atas mcm kt kedai yg letak askrem tu..susah jugak nk cari rupenye..dr survey yg dijalankan paling murah jenama hesstar kat carefour..RM599 125liter..yg lain sume lagi mahal dr tu..tp sama je design dia.so masih berkira2 nk beli ke x..tp xnk la letak susu ngn ikan skali..berjaya atau x beli freezer tu kena la tggu next week..

Monday, March 21, 2011

deep freezer untuk simpan EBM

hmm...skrg ni masih dlm dilema nk beli deep freezer ke tak..tapi rasanye mmg kena beli satu. peti sejuk tu dh x muat da nk simpan sume stok EBM..stok kena ada klu nk fully bf sbb menurut info dr sumber2 yg dipercayai, klu puasa nnt penghasilan susu akan berkurang sbb kurang minum..so nak x nak kena ade stok..minggu lepas ada jugak survey2 harga dan rupe freezer. nak cari mana yg sesuai..tp rasenye dh terbekenan kat drawer freezer keluaran mistral tu..senang sikit kot nk manage susu tu. hopefully berjaya misi esok hari untuk membeli drawer freezer tu. :P

Wednesday, March 16, 2011

setelah sekian lama

tiba2 datang mood utk mengupdate blog yg dh berkurun2 x update..sejak jadi ibu ni banyak info yang dicari di internet.mostly pasal baby la..nk hilangkan selsema amsyar.nak tau pasal penyusuan amsyar.nak cari barang2 keperluan amsyar..haha semua pasal amsyar. tu la klu da jadi ibu..dulu dgr je org cakap. sekarang baru tau rasanya.semua info yng berfaedah tu rasanya elok direkodkan.at least boleh share info dengan kawan2..tak pun bole tgk semula kalau2 diperlukan semula nanti..lagi menarik klu bole dpt maklumat2 membina dari kawan2..so i'm back..with new status..seorang IBU. dulu masa pregnant penah baca ayat ni...sekali kita bergelar ibu..selamanya kita seorg ibu.dan sangat2 menghargai saat2 bergelar seorg ibu nih..Amsyar, ibu sayang amsyar.

Wednesday, January 21, 2009

Bertakwalah


Barangsiapa bertakwa kepada Allah,
nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.

Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkannya.

Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Firman Allah Taala "Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya kejalan kebaikan dan bertakwa mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya, serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)" (AlLail:17-21)

Allah berfirman "wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kalian kepada Allah dengan takwa yang sebenar-benarnya" (Ali Imran:102)


Allah berfirman "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakanmu dari seorang diri, dan dari padanya Allah telah menciptakan isterinya, dan dari keduanya Allah mengembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepad Allah yang (dengan namaNya) kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasimu."(Annisa:1)

Allah berfirman "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berkatalah yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki perbuatanmu serta mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasulnya maka ia sungguh akan berbahagia dengan kebahagiaan yang agung." (AlAhzab:70-71)

Dunia kita berbeza

gambar dari saharil.com