Wednesday, December 24, 2008

From M to W

I love this transformation. it really makes me feel like a brand new person.n i truly LOVE the brand new me..:) Praise be to ALLAH.

Tuesday, December 23, 2008

I love him..i do

Perlu

Bagus kalau dapat duduk, sembang2 dengan kawan2. banyak cerita baru boleh keluar. (bergossip ke? kuang3x). rasanya itu cara terbaik mendapat pandangan orang tentang sesuatu. sebab kita bukan selalunya betul..walaupun seringkali kita rasa kita lah yg paling betul dalam setiap tindakan kita. well..akhirnya kita sedar penilaian kita cuma utk memenuhi kehendak kita..tak fikir pasal org lain. tapi...pesan terakhir sahabat merangkap ex-roomate aku mlm tadi sgt enak didgr..dan sgt tepat bila difikir.

'dalam hidup kita selalu mencari seseorang yang menepati ciri2 yang kita hendak..nak yang begini dan begitu..tapi percaya lah..DIA akan temukan kita dengan seseorang yg kita PERLU, bukan yg kita hendak. '

fikir2kan.

Monday, December 22, 2008

Bukan DIA tidak tahu

Dihadiahkan oleh seorang teman terbaik masa belajar di UTM dulu

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalaNya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja
mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak
tahu derita hidupmu, retaknya hatimu,
hilangnya harapanmu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana
Dia tahu hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat denganNya.


diedit indah oleh seorang teman yang dihadiahkan ayat2 ini utknya

I'm Sorry

I'm sorry for hurting you
I'm sorry for taking you for granted
I'm sorry for not understanding you
I'm sorry for all those fights
I'm sorry for not listening
I'm sorry for not trying
I'm sorry i failed you
I'm sorry i didnt try
I'm sorry for not caring
I'm sorry for not being there
I'm sorry for not supporting you
I'm sorry for fading away
I'm sorry i didnt chase you
I'm sorry you swayed away
I'm sorry for all the things that i just flew by
I'm sorry for being so mad
I'm sorry for being so down
I'm sorry for not understanding you when i wasn't even around
I'm sorry for underestimating you
I'm sorry i let you fall that time
I'm sorry for my swaying emotions
I'm sorry for losing your heart
I'm sorry i wish things where ok
I'm sorry I wasn't a good friend
I'm sorry for not loving you enough
I'm sorry for not being there for you
I’m sorry I’m not perfect
I'm sorry...i really am :(

Friday, December 19, 2008

Malu

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Forum malam tadi membincangkan mengenai 'Hanya jauhari mengenai manikam'. diskusinya membincangkan tentang hanya mereka yang bijak tahu menilai nilai2 kebaikan seorang wanita.semuanya tentang wanita. tapi ayat yang paling berkesan sampai sekarang ialah ingatan Ustazah Hayati..'malu itu adalah sifat yang baik..tapi malu dalam diri seorang wanita itu adalah sifat yang mulia'. MasyaAllah...betapa perlunya sifat malu itu pada kita seorang perempuan. maka post hari ini adalah mengenai malu..malu yang perlu ada dalam diri seorang wanita muslim.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifa malu.. (Hadith riwayat Baihaqi).

Malu adalah akhlak yang menghiasi perilaku manusia dengan cahaya dan keanggunan yang ada padanya. Inilah akhlak terpuji yang ada pada diri seorang lelaki dan fitrah yang mengkarakter pada diri setiap wanita. Sehingga, sangat tidak masuk akal jika ada wanita yang tidak ada rasa malu sedikitpun dalam dirinya. Rasa manis seorang wanita salah satunya adalah buah dari adanya sifat malu dalam dirinya.


Apa sifat malu itu? Imam Nawani dalam Riyadhush Shalihin menulis bahwa para ulama pernah berkata, “Hakikat dari malu adalah akhlak yang muncul dalam diri untuk meninggalkan keburukan, mencegah diri dari kelalaian dan penyimpangan terhadap hak orang lain.”

Karena itu, beruntunglah orang yang punya rasa malu. Kata Ali bin Abi Thalib, “Orang yang menjadikan sifat malu sebagai pakaiannya, niscaya orang-orang tidak akan melihat aib dan cela pada dirinya.”


Bahkan, Rasulullah saw. menjadikan sifat malu sebagai bagian dari cabang iman. Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Iman memiliki 70 atau 60 cabang. Paling utama adalah ucapan ‘Laa ilaaha illallah’, dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan di jalan. Dan sifat malu adalah cabang dari keimanan.” (HR. Muslim dalam Kitab Iman, hadits nomor 51)


Dari hadits itu, kita bisa mengambil kesimpulan bahwa tidak akan ada sifat malu dalam diri seseorang yang tidak beriman. Akhlak yang mulia ini tidak akan kukuh tegak dalam jiwa orang yang tidak punya landasan iman yang kuat kepada Allah swt. Sebab, rasa malu adalah pancaran iman.


Tentang kesejajaran sifat malu dan iman dipertegas lagi oleh Rasulullah saw., “Malu dan iman keduanya sejajar bersama. Ketika salah satu dari keduanya diangkat, maka yang lain pun terangkat.” (HR. Hakim dari Ibnu Umar)

Dengan kata lain, seseorang yang kehilangan sifat malunya yang tersisa dalam dirinya hanyalah keburukan. Buruk dalam ucapan, buruk dalam perangai. Tidak bisa kita bayangkan jika dari mulut seorang muslimah meluncur kata-kata kotor lagi kasar. Bertingkah dengan penampilan seronok dan bermuka tebal. Tentu bagi dia syurga jauh. Kata Nabi, “Malu adalah bagian dari iman, dan keimanan itu berada di surga. Ucapan kotor berasal dari akhlak yang buruk dan akhlak yang buruk tempatnya di neraka.” (HR. Tirmidzi dalam Ktab Birr wash Shilah, hadits nomor 1932)


Dari mana datangnya sifat malu? Sumber sifat malu adalah dari pengetahuan kita tentang keagungan Allah. Sifat malu akan muncul dalam diri kita jika kita menghayati betul bahwa Allah itu Maha Mengetahui, Allah itu Maha Melihat. Tidak ada yang bisa kita sembunyikan dari Penglihatan Allah. Segala lintasan pikiran, niat yang terdetik dalam hati kita, semua diketahui oleh Allah swt. Maka tamankanlah sifat malu dalam diri kita. (http://artaqiem.multiply.com)


'Sesungguhnya sebaik2 perhiasan dunia adalah wanita solehah dan wanita solehah itu adalah calon bidadari syurga'.

Wallahualam.

'Besarlah engkau anakku menjadi wanita solehah'

Wednesday, December 17, 2008

Petunjuk

(Copy from Tazkeerah by En Jamil)

Solat Istikarah : Mengapa Menunggu Mimpi?

Persoalan yang ingin diperbincangkan di sini, apakah mimpi manusia biasa boleh dijadikan sandaran atau boleh menjadi isyarat kepada jawapan yang dicari? Benarkah solat sunat istikharah boleh menjadi medium atau pengantara untuk menentukan sesuatu keputusan seperti menentukan jodoh seseorang (atau apa-apa ajelah yang sewaktu dengannya) atau baik buruk takdirnya?

Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘meminta pilihan yang baik’. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya. Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Ta’ala dalam beberapa urusan yang penting. Baginda bersabda, ‘Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa : Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.’

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Ta’ala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Ta’ala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.

Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu. Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para Nabi dan Rasul-rasul. Mimpi bagi Nabi dan para Rasul adalah wahyu dari Allah Ta’ala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi Baginda.

Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional (syuhud).

Sebagai contoh, dalam kes memilih jodoh, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah (tetapi adalah lebih afdhal setiap perkara itu dirujuk terus dengan Allah s.w.t. kerana DIA-lah yang menjadikan segala galanya setiap gerak dan diam).

Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Ta’ala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan. Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan ‘isyarat kuat’ daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Ta’ala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang mafhumnya :

‘Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu.’
[HR. Bukhari]

Tuesday, December 16, 2008

selamat pengantin baru

Malam ahad lepas kitorang menghadiri majlis meraikan pengantin baru, Kak G dan suami. majlis dibuat special utk rakan2 sekerja di sini.. agenda utama selain merai pengantin baru ialah mkn2, borak2. memang best..makanan yang best (bermcm mcm mcm lauknye) dan restoran yg best (kat tepi tasik..menarik, ala2 romantik gitu)dan lagu yang 'best'(aku yakin depa igt lagu tu sgt best haha..xde maknanye). yang menariknya tentang majlis ni ialah pengantin baru ni berjaya menyembunyikan hakikat dah jadi wife org lama dh. tipah tertipu! segan bila igt aku dok sakat2 tunggu dia dulu la konon2nya..padahal dh selamat dh dia jadi isteri orang. hehe. xpe la.lain kali x nak sakat org lagi..tobat x buat. (haha..jgn percaya)




p/s gambar pengantin tidak disertakan atas sebab2 tertentu..hahaha

Friday, December 12, 2008

Eh helllooooo!!!

Bila kita berada kat tempat baru..macam2 la orang nak tau pasal kita..tentu2 la nama pun baru kan, so semua masih lagi tak tau..tapi hari ni paling lawak pasal aku yang orang tak tahu tapi igt diorang tahu..ada ke diaorg kata aku dah kawen plus dah ada anak sorang..haha..ape kes??!!!


Walkaton @ Tmn Pertanian, Bukit Cahaya

Semalam cuti di seluruh negeri selangor sempena merai hari keputeraan sultan selangor.so sebagai warga selangor, apa lagi, kami pun raikan bersama..tak bersama sultan, tapi merai diri sendiri bersama alam..cewahh..hehe.

maka cuti hari ini kitorang plan utk walkaton di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam..dah lama tak berjalan2 so hari ini lepaskan rindu menikmati alam semulajadi..(cuci mata cara terhormat.hehe)

pukul 8 dah bertolak ke sana.tapi ape kehei..belum bukak pun lagi taman tu. so kena kitorang makan2 dulu. pukul 9 baru acara bermula. ada beberapa cara terbaik nak explore kawasan ni..

berbasikal@ naik bas @walkaton

kami memilih utk jalan je..baru la cool. hirup udara segar pagi2 yang damai..dengar bunyi ungas2. wah2..memang menarik.

pemandangan yg menarik sekitar taman

kami berjalan dari satu taman ke satu taman..memang banyak la taman2 yang ada..memang jenuh berjalan.

antara taman2 yg dilawati

tapi paling di nanti2 bila ke rumah 4 musim tu..sekarang musim sejuk.suhu -2 ke -7 oC..rase cam kat london.sejukkkk!!

menarik?menarikkan.so itu baru part 1. kitorang bercadang nak adakan walkaton@bukit cahaya part 2 pulak..nak join??

Wednesday, December 10, 2008

10 Zulhijjah yang barakah

10 zulhijjah 1429 bersamaan 8 disember 2008

Sambutan Aidiladha tahun ini nyata berbeza dari biasa walaupun sambutan masih lagi dirumah mak abah..(hehe penulis masih belum ada kg lain lagi). seawal pagi hujan turun menyimbah bumi.sejuknya Tuhan saja yang tahu. sampai jam 8 pagi hujan masih turun dan tak ada tanda2 akan berhenti. awan mendung dan memang tak ada tanda2 matahari akan muncul.

Itu la 10 zulhijjah tahun ini..penuh rahmat dan barakah. jemaah di masjid Al-Ulum agak kurang berbanding biasa kerana mungkin faktor cuaca.kat luar masih hujan.

Selesai solat sunat. khutbah hari raya menyusul. khutbah kali ini menyingkap peristiwa korban Nabi Allah Ibrahim a.s. Betapa besar pengorbanan seorang hamba dalam meraih keredhaan Tuhannya. bagaimana Nabi Ibrahim diperintahkan untuk menyembelih anaknya, NAbi Allah Ismail a.s. walaupun itu merupakan anugerah Ilahi yang paling diharap2 hadir dalam hidupnya. Dalam rasa penuh kehambaan, penuh ketakwaan korban itu tetap dilaksana. ya, demi TUHAN yang dia percaya. itulah nilai sebuah pengorbanan. berkorban demi DIA. DIA yang kita percaya. maka bila selayaknya kita diuji dengan kenikmatan dunia yang sementara ini..terdayakah kita manusia yang kerdil lagi hina ini menolaknya demi DIA. ya ALLAH, semoga sentiasa kami diberi kekuatan menghadapi ujianMU.

Korban.dinyatakan oleh ketua kampung bahawa terdapat 28 ekor lembu akan dikorbankan tahun ini. Alhamdulillah. semoga beroleh ganjaran disisi ALLAH.

selain aktiviti korban yang menjadi fokus utama Aidiladha ini, aktiviti berkumpul bersama keluarga sangat menarik perhatian. rumah riuh rendah dengan bunyi bising anak2 buah yang dah lama tak berkumpul sekali. menarik. riuh. walau mendung diluar rumah masih bersisa, ceria dalam rumah itu lebih utama. Salam Aidiladha.

wajah2 ceria yang disayangi

Friday, December 5, 2008

D for David and Damian

We are still in semester holiday. And yes as i expected, we still have many works to do during this semester holiday. typical work for a new lecturer like me. this week we kind of busy with many training and workshop programmes. last 2 days, i have attended the GCMS training and this training program were given by D for Damian from Varian, the supplier for the GCMS. so class do you know what is GCMS stand for?anyone? GCMS is stand for gas chromatography-mass spectrometry. An equipment that can be used to analyze a sample so that we can verify each component that present in a substance. but unfortunately we can only involved in the theory part of the GCMS training. we did not able to attend the hands on part since we need to attend one other training program and meeting with our external examiner from Melbourne University.

So next, we move to another D. D for David. he is our external examiner for Australia. yesterday, we had a brief meeting with him and today we attend his workshop where in this workshop he taught us a better way to teach the students. he gave us some good information to be a better lecturer instead of just stand at the front, read the slide and hope that the student understand what we said. it is better to have an active learning process so we able to transfer the knowledge better and at the same time we know that they understand. tough job but we have to. so for these 3 days..they definitely make my dark brown eyes blue..hehe

DIA lebih tahu

Jangan lah kita mendahului Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain dan berbangga dengan amalan yang dilakukan, sedangkan sesungguhnya kita sendiri tidak mengetahui akan kedudukan dan nilai amalan kita di sisi-NYA.

Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud :

"DIA menjadikan kamu dari tanah ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci.DIA mengetahui tentang org yang bertaqwa."
(Surah An-Najm : 32)

"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombangan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."
(Surah Luqman: 18)

Thursday, December 4, 2008

Wanita

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman.

Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Thought of the day - Pelindung Abadi


Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah laba-laba kalau mereka mengetahui. (QS Al-Ankabut 41)

Wednesday, December 3, 2008

Tentang pilihan

Pilih.

Dalam hidup ini berkali2 kita perlu membuat pilihan.dari sebesar2 perkara yang melibatkan masa depan hingga sekecil2 hal yang remeh temeh.tetap juga kita kena buat pilihan..dari memilih pasangan hidup sampai memilih baju apa yang sesuai dipakai untuk ke ofis hari ini.kita tetap kena memilih.

Selesa.

Selalu saja keputusan yang dibuat itu atas rasa selesa.kita kerap memilih berdasarkan rasa selesa yang kita harap dari pilihan kita. supaya kita rasa senang..senang untuk kita.tetapi setiap kali itu juga kita perlukan masa untuk mencapai rasa selesa itu setelah kita membuat pilihan.memang.masa itu penentu keputusan yang kita ambil.bagi yang perfikiran negatif, mereka selalu percaya apabila selesa itu tidak mampu dicapai, mereka merasakan mereka salah membuat pilihan. bagi yang berfikiran positif pula selalunya yakin ada sebab tertentu kenapa mereka membuat pilihan tersebut.tetapi percayalah..pohon lah pada DIA..sebaik2 pemberi petunjuk.

"...Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman".(QS Surah Al-Maidah 23)

“Dan cukuplah Rabbmu menjadi pemberi petunjuk dan penolong”. (QS Al Furqan 31)


Dulu.

Dulu aku punya dia. lama masa yang dilalui bersama membolehkan dia jadi kesayanganku. selalu jadi teman, setia disisiku.ya aku rasa selesa.selesa bila ada dia. tapi tiada apa yang kekal melainkan DIA.aku tahu silap ku. seringkali bila rasa selesa itu hadir kita mengabaikan kepentingan yang lain kerana kita percaya rasa selesa itu mampu kekal untuk kita..tapi kita tersilap membuat andaian.perlahan2 dia menunjukkan tanda bahawa dia akan pergi.aku saja yang terlalu leka untuk menilai perubahannya.akhirnya dia pergi..dan takkan kembali.


Pilihan lain.

Maka jalan terbaik untuk mengatasi kehilangan itu ialah dengan mencari penggantinya..ya perlu la aku memilih. sekali lagi perlu aku membuat pilihan. tapi mampukah aku cari pengganti yg mampu buat aku selesa seperti dulu.dimana kan ku cari ganti..dan ternyata pengganti itu ada.aku tak menoleh dua kali utk memilihnya.dia pilihan muktamad.aku yakin.ternyata aku selasa..tetapi ternyata jua tiada apa yang kekal selain DIA.itu la kisah jam-jam aku. terbaru yang aku guna belum cukup 6 bulan dengan aku..akhirnya pecah terjatuh pagi tadi.syahdu rasanya.huhuhu..kehilangan yang diratapi tapi aku redha. (hehe ade rezeki nanti tukar la jam baru..think positive..yeah!)


Ni gambar jam yang pecah pagi tadi..hukhuk

Tuesday, December 2, 2008

Bila dia tersenyum

Lumrahnya hidup manusia.punya rasa.punya emosi.punya penilaian atas setiap perkara yang berlaku disekeliling kita.normal..itu la kita..manusia yang normal.

ya..kadang2 kita akan ketawa.kadang2 kita akan menangis.kadang2 kita sedih, gembira, terharu, terkejut dan macam2 lagi emosi yang mampu terzahir dari seorang kita.

tapi apa yang berlaku malam tadi sungguh unik..hmm istimewa mungkin adalah istilah terbaik. bila bulan itu senyum...pasti ramai lagi yang turut tersenyum sama.

Dari lensa penulis bukti dapat tgk bulan tu
(serius x nmpak dlm gambar yg bulan tu senyum..sikit benor le yg kelihatan)
gambar bawah ni di ambil dari orang lain.
mcm ni la bulan senyum tu mlm tadi..cantik!

Monday, December 1, 2008

Jangan pernah

Hari ini dalam masa bersiap nak pergi kerja ada satu barang yang diigt2 kan dalam fikiran untuk dibawa ke ofis. beria2 mengingatkan diri sendiri dari malam tadi sampailah pagi ni..tapi seperti biasa bila dalam fikiran tu ada perkataan nanti, memang jawapnya terlupa la nak bawak.huhu akhirnya terlupa juga walau berkali2 mengingatkan diri sendiri.terpaksa la pinjam kat orang lain..tapi itu kisah terlupa barang.boleh la dimaafkan lagi.tak hari ini, esokkan masih ada.

tapi..

macam mana bila yang dilupakan itu DIA..terlalu leka dengan dunia ini memang mampu buat manusia lupa pada DIA.nauzubillah..entah berapa kali harus diberi peringatan tentangnya, tapi setiap kali itu juga akan terlupa..entah berapa kuat mampu insan sekerdil ini menolak indahnya dunia sementara.entah...

maka dari pagi sampai saat ini ku pohon pada DIA..

Jangan pernah KAU biarkan ku terlupa padaMU.