Sambutan Aidiladha tahun ini nyata berbeza dari biasa walaupun sambutan masih lagi dirumah mak abah..(hehe penulis masih belum ada kg lain lagi). seawal pagi hujan turun menyimbah bumi.sejuknya Tuhan saja yang tahu. sampai jam 8 pagi hujan masih turun dan tak ada tanda2 akan berhenti. awan mendung dan memang tak ada tanda2 matahari akan muncul.
Itu la 10 zulhijjah tahun ini..penuh rahmat dan barakah. jemaah di masjid Al-Ulum agak kurang berbanding biasa kerana mungkin faktor cuaca.kat luar masih hujan.
Selesai solat sunat. khutbah hari raya menyusul. khutbah kali ini menyingkap peristiwa korban Nabi Allah Ibrahim a.s. Betapa besar pengorbanan seorang hamba dalam meraih keredhaan Tuhannya. bagaimana Nabi Ibrahim diperintahkan untuk menyembelih anaknya, NAbi Allah Ismail a.s. walaupun itu merupakan anugerah Ilahi yang paling diharap2 hadir dalam hidupnya. Dalam rasa penuh kehambaan, penuh ketakwaan korban itu tetap dilaksana. ya, demi TUHAN yang dia percaya. itulah nilai sebuah pengorbanan. berkorban demi DIA. DIA yang kita percaya. maka bila selayaknya kita diuji dengan kenikmatan dunia yang sementara ini..terdayakah kita manusia yang kerdil lagi hina ini menolaknya demi DIA. ya ALLAH, semoga sentiasa kami diberi kekuatan menghadapi ujianMU.
Korban.dinyatakan oleh ketua kampung bahawa terdapat 28 ekor lembu akan dikorbankan tahun ini. Alhamdulillah. semoga beroleh ganjaran disisi ALLAH.
selain aktiviti korban yang menjadi fokus utama Aidiladha ini, aktiviti berkumpul bersama keluarga sangat menarik perhatian. rumah riuh rendah dengan bunyi bising anak2 buah yang dah lama tak berkumpul sekali. menarik. riuh. walau mendung diluar rumah masih bersisa, ceria dalam rumah itu lebih utama. Salam Aidiladha.
wajah2 ceria yang disayangi
No comments:
Post a Comment